Hai,,
Biasalah kan.. kita-kita ni baru je nak berjinak dengan perniagaan. Mesti ada benda yang nak atau tak, terpaksa jugak lalui....
Kat bawah ni antara bebeapa benda yang pernah saya lalui. Kalau rajin nnti saya tambah la sikit-sikit..haha..
Haa.. baca la. apalagi?
Ia bukan satu perkara yang mudah kerana setiap soalan terkadang kadang mempunyai maksud, sama ada betul ingin bertanya atau hanya sekadar 'test' untuk seller.
Malahan soalan SPM adalah lebih mudah berbanding dengan soalan yang mereka kemukakan. Haha.
" Besi pada wallet tu boleh kena sambar petir tak?"
Soalan ini pernah ditanya oleh seorang customer saya dan saya anggap ia adalah satu dalam seribu.
Walaubagaimanapun, mereka adalah customer, dan kita sebagai peniaga perlu memberikan jawapan yang paling memuaskan hati. Dan jangan lupa SEDIAKAN ruang dan tempat yang tepat untuk mereka mudah berkomunikasi dengan kita.
TIPS : Pastikan kita sudah menjadi master ataupun PHD kepada produk jualan kita. Jika tidak, katakan tidak tahu jika perkara yang mereka mahu itu di luar maklumat kita.
TERSILAP POS
Perkara ini memang sudah menjadi asam garam dunia peniaga online. Mudah sahaja sebenarnya, kamu serabut maka yang lain akan jadi kelam kabut.
Jadi, mula dengan langkah bijak iaitu menggunakan sistem rekod dan pos yang tepat, mudah dan cepat.
Saya sendiri membuat rekod hanya menggunakan microsoft excel kerana ia adalah tentang sistem dan perniagaan saya. Saya yang faham bagaimana rekod ingin disimpan dan dikeluarkan. Dan yang paling penting FREE.
Saya cadangkan, cuba adakan sistem rekod jualan anda dan sistem pos yang teratur seperti easyparcel dan sebagainya sebab boleh mengurangkan kos kerugian. Return barang kita bayar. Itupun kalau si penerima mahu pulangkan semula!
TERSILAP TRANSFER
Pandang biar dua tiga kali..!
Sebab kami pernah tersalah transfer dari RM100 jadi RM1000!
Untung penerima ada rasa ehsan dan pulangkan semula. Berdapdup dapdup kepala lutut.
So jangan jadi macam saya!
Perkara ni tiada solusi melainkan peniaga perlu pandang empat lima kali. Orang putih panggil "double check". Susah sikit dulu, senang hati kemudian.
KURANG SABAR
Tempikan tidak bersuara ini biasa kita hadapi. Tak caya cubalah tanya siapapun yang sudah menceburi bidang perniagaan terutama peniaga online atau cek sendiri inbox mereka. Haha.
Lebih-lebih lagi jika barang tersebut berbentuk pre-order. Terpaksa menunggu sehingga 2 minggu atau lebih..!
Tenangkan hati customer dengan membuat mereka percaya betul pada anda.
Pengalaman saya, peniaga perlu pastikan barang betul-betul sampai tepat pada waktunya. Jika ada penangguhan, secepatnya maklumkan pada customer.
Jangan letak tarikh yang tepat. Sebaiknya lebihkan sedikit tempohnya supaya apa-apa kemungkinan akan mudah untuk kita sepakati.
TIDAK MEMBACA
Ini adalah benda yang paling famous sekali. Antara tidak membaca atau sudah baca tetapi ingin ambil jalan mudah.
Bertanya semula apa yang telah di sebutkan di dalam iklan kita atau terus komen PM walaupun terpampang di post tersebut cara menghubungi seller tersebut.
Tidak ada penyelesaian kerana ia adalah tentang personaliti dan etika seseorang. Kenapa anda tidak berterima kasih kepada mereka ini padahal mereka telah membantu anda dalam berniaga?
Apa yang mereka bantu?
Pertama mereka telah 'up' kan post kita dengan komen di tempat letak iklan tersebut.
Kedua, boleh jadi soalan atau mesej personal dari mereka itu menyedarkan kita tentang kelemahan produk atau menambah sedikit maklumat tentang item yang kita jual.
Kan?Senyum..
TIPS PERCUMA DARI SAYA
Amalkan kehidupan yang beretika. Jika kamu Islam, jadikan Islam betul-betul sebagai pengaturcara perniagaan kamu. Islam telah ceritakan perihal dropship, pre-order beribu tahun dulu dan telah terbukti berjaya. Kenapa kita nak ubahsuai keberjayaan tersebut?
Dan jika kamu bukan Islam, jadikan agama kamu dan sikap baik kamu sebagai kepala nyawa kamu.
Dari saya,
Muhammad Nazeem
Owner Naz EziSHoppe
+60197335537
Nantikan post seterusnya tentang SISTEM PRE-ORDER dalam Islam!
Wish you Happy!

No comments:
Post a Comment
Dont shy to share your experience here!